Menjalankan ujian diagnostik pada peranti anda
Aplikasi Xperia™ Diagnostics boleh menguji fungsi khusus atau menjalankan ujian
diagnostik penuh untuk memeriksa sama ada peranti Xperia™ anda berfungsi dengan
betul.
Xperia™ Diagnostics boleh:
•
Menilai potensi isu perkakasan atau perisian pada peranti Xperia™ anda.
•
Menganalisis sejauh mana aplikasi boleh berfungsi dengan baik pada peranti anda.
•
Mengelog bilangan panggilan yang terputus sepanjang 10 hari yang lalu.
•
Mengenal pasti perisian yang dipasangkan dan memberikan butiran yang berguna
tentang peranti anda.
Aplikasi Xperia™ Diagnostics diprapasang pada kebanyakan peranti Android™ daripada
Sony. Jika pilihan Diagnostics tidak tersedia di bawah
Tetapan > Mengenai telefon, anda
boleh memuat turun versi ringkas menggunakan aplikasi Play Store™.
Untuk menjalankan ujian diagnostik khusus
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Diagnostik > Ujian .
3
Pilih ujian daripada senarai.
4
Ikut arahannya dan ketik
Ya atau Tidak untuk mengesahkan sama ada ciri
berfungsi.
133
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menjalankan semua ujian diagnostik
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Diagnostik > Ujian > Jalankan
semua.
3
Ikut arahannya dan ketik
Ya atau Tidak untuk mengesahkan sama ada ciri
berfungsi.
Untuk melihat butiran tentang peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Diagnostik > Fakta.