Sony Xperia M2 - Mencari nombor pengenalan peranti anda

background image

Mencari nombor pengenalan peranti anda

Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor

ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah

menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila

anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti

anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh

menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian

dalam negara anda.

Untuk melihat nombor IMEI anda

1

Pastikan peranti dimatikan.

2

Tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan kad ingatan.

3

Menggunakan kuku jari, keluarkan dua bekas label (dalam tertib yang ditunjukkan

dalam ilustrasi) untuk melihat nombor IMEI anda.

Untuk melihat nombor IMEI, anda juga boleh membuka pendail telefon pada peranti anda dan

memasukkan

*#06#

.

Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.