Sony Xperia M2 - Pemberitahuan

background image

Pemberitahuan

Pemberitahuan memaklumkan anda tentang acara seperti mesej baharu dan

pemberitahuan kalendar serta aktiviti yang sedang berlangsung seperti muat turun fail.

Pemberitahuan muncul di tempat berikut:

Bar status

Panel Pemberitahuan

Skrin kunci

Untuk membuka atau menutup panel Pemberitahuan

1

Untuk membuka panel Pemberitahuan, seret bar status ke bawah.

2

Untuk menutup panel Pemberitahuan, seret panel ke atas.

Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan

Ketik pemberitahuan.

Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan

Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.

Untuk memperbesarkan pemberitahuan pada panel Pemberitahuan

Seret pemberitahuan ke bawah.

Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.

Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan

Ketik

.

Untuk bertindak atas pemberitahuan daripada skrin kunci

Ketik dua kali pemberitahuan.

Untuk menolak pemberitahuan daripada skrin kunci

Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.

23

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memperbesarkan pemberitahuan daripada skrin kunci

Seret pemberitahuan ke bawah.

Tidak semua pemberitahuan boleh diperbesarkan.

Mengurus pemberitahuan pada skrin kunci

Anda boleh tetapkan peranti anda agar hanya pemberitahuan terpilih yang dipaparkan

pada skrin kunci anda. Anda boleh jadikan semua pemberitahuan dan kandungannya

boleh diakses, sembunyikan kandungan sensitif atau aplikasi khusus, atau pilih untuk

tidak paparkan sebarang pemberitahuan.

Untuk memilih pemberitahuan untuk dipaparkan pada skrin kunci

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Apabila peranti dikunci.

3

Buat pilihan.

Pilihan paparan pemberitahuan pada skrin kunci

Tunjukkan semua

kandungan

pemberitahuan

Dapatkan semua pemberitahuan pada skrin kunci. Apabila anda hidupkan

tetapan ini, perlu diingat bahawa semua kandungan (termasuk kandungan e-mel

masuk dan sembang) akan kelihatan pada skrin kunci melainkan anda

menguntukkan aplikasi berkaitan

Sensitif di dalam Pemberitahuan apl menu

tetapan.

Sembunyikan

kandungan

pemberitahuan sensitif

Anda perlu ada PIN, kata laluan, atau persediaan corak sebagai kunci skrin untuk

tetapan ini tersedia.

Kandungan tersembunyi dipaparkan pada skrin kunci

apabila pemberitahuan sensitif tiba. Sebagai contoh, anda akan mendapat

pemberitahuan untuk e-mel masuk atau sembang, tetapi kandungan tidak akan

kelihatan pada skrin kunci anda.

Jangan tunjukkan

pemberitahuan sama

sekali

Anda tidak akan dapat sebarang pemberitahuan pada skrin kunci.

Menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi

Anda boleh tetapkan perlakuan pemberitahuan yang berlainan untuk setiap satu aplikasi.

Sebagai contoh, anda boleh sekat semua pemberitahuan e-mel, mengutamakan

pemberitahuan Facebook™ dan jadikan kandungan pemberitahuan pemesejan tidak

kelihatan pada skrin kunci.

Untuk menetapkan tahap pemberitahuan untuk aplikasi

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Pemberitahuan apl.

3

Pilih aplikasi yang anda mahu tukarkan tetapan pemberitahuannya.

4

Seret penggelangsar berkenaan ke kanan.

Tahap pemberitahuan dan pilihan untuk aplikasi khusus

Sekat

Jangan sekali-kali tunjukkan pemberitahuan untuk aplikasi terpilih.

Keutamaan Tunjukkan pemberitahuan untuk aplikasi terpilih di bahagian atas senarai pada skrin kunci anda.

Sensitif

Pilihan ini hanya tersedia jika anda sediakan PIN, kata laluan atau corak sebagai kunci skrin

anda dan dipilih

Tunjukkan semua kandungan pemberitahuan di bawah tetapanApabila

peranti dikunci. Pemberitahuan untuk aplikasi muncul di skrin kunci anda tetapi kandungannya

tidak kelihatan.

Lampu pemberitahuan

Lampu pemberitahuan memaklumkan anda tentang status bateri dan beberapa peristiwa

lain. Sebagai contoh, lampu putih berkelip bermaksud terdapat mesej baru atau

panggilan terlepas. Lampu pemberitahuan didayakan secara lalai tetapi boleh

dilumpuhkan secara manual.

24

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Apabila lampu pemberitahuan dilumpuhkan, ia hanya menyala apabila terdapat amaran status

bateri, contohnya, apabila paras bateri lebih rendah daripada 15 peratus.

Untuk mendayakan lampu pemberitahuan

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Bunyi & pemberitahuan.

3

Seret penggelangsar di sebelah

Lampu pemberitahuan ke kanan.