Sony Xperia M2 - Bateri dan pengurusan kuasa

background image

Bateri dan pengurusan kuasa

Peranti anda mempunyai bateri yang dibenamkan. Anda boleh menjejak penggunaan

bateri anda dan melihat aplikasi yang paling banyak menggunakan kuasa. Anda boleh

mengalihkan atau mengehadkan aplikasi dan mengaktifkan beberapa mod penjimatan

kuasa untuk melanjutkan hayat bateri anda. Anda juga boleh melihat dan

menganggarkan berapa banyak masa bateri yang tinggal dan melaraskan tetapan bateri

anda untuk meningkatkan prestasi dan menjadikan bateri anda tahan lebih lama.

Untuk menguruskan penggunaan bateri anda

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan kuasa apl.

Gambaran keseluruhan muncul yang menunjukkan aplikasi yang mempunyai

kadar trafik data yang tinggi atau yang anda tidak gunakan untuk sekian lama.

3

Semak semula maklumat, kemudian bertindak sebagaimana perlu, contohnya,

dengan menyahpasang aplikasi atau mengehadkan penggunaannya.

Untuk melihat aplikasi yang menggunakan paling banyak kuasa

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan bateri.

Untuk melihat anggaran masa bateri

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Pengurusan kuasa.

Mod penjimatan kuasa

Terdapat beberapa mod penjimatan kuasa tersedia untuk anda gunakan jika anda mahu

jadikan bateri anda tahan lebih lama:

21

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Mod STAMINA

Menyahdayakan Wi-Fi® dan data mudah alih apabila skrin dimatikan dan

mengehadkan prestasi perkakasan. muncul di bar status apabila mod ini berkuat
kuasa.

Mod bateri lemah

Mengubahsuai kelakuan peranti anda, contohnya, untuk melaraskan kecerahan skrin

dan tetapan tamat masa skrin, apabila paras bateri jatuh ke bawah peratus tertentu.

muncul di bar status apabila mod ini aktif.

Baris gilir data l/

belakang

Mengoptimumkan trafik keluar apabila skrin dimatikan dengan menghantar data pada

selang masa yang ditentukan terlebih dahulu.

Untuk mengaktifkan mod penjimatan kuasa

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Pengurusan kuasa .

3

Untuk mengaktifkan mod yang anda sukai, pilih nama mod dan ketik suis

hidup-mati untuk mengaktifkan mod yang dipilih, jika perlu.

Gambaran keseluruhan ciri mod STAMINA

Mod STAMINA mempunyai beberapa ciri yang membenarkan anda mengoptimumkan

prestasi bateri anda:

Bersedia dilanjutkan Menghalang aplikasi daripada menggunakan trafik data dengan menyahdayakan Wi-

Fi® dan data mudah alihapabila skrin dimatikan. Anda boleh mengecualikan

beberapa aplikasi dan perkhidmatan daripada dijedakan apabila ciri ini aktif.

Jam STAMINA

Menjedakan sambungan rangkaian apabila anda kerap menekan kekunci kuasa

untuk menyemak masa.

Penggunaan lanjutan Mengehadkan prestasi perkakasan apabila anda menggunakan peranti anda.

Untuk mengaktifkan ciri mod STAMINA

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Pengurusan kuasa , kemudian ketik Mod STAMINA.

3

Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.

4

Seret penggelangsar sebelah ciri yang anda mahu aktifkan, kemudian ketik

Aktifkan, jika digesa.

Untuk memilih aplikasi yang berjalan dalam mod STAMINA

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Pengurusan kuasa , kemudian ketik Mod STAMINA.

3

Aktifkan mod STAMINA jika ia dinyahaktifkan.

4

Pastikan ciri

Bersedia dilanjutkan dihidupkan, kemudian ketik Aplikasi aktif dalam

mod tunggu sedia > Tambah aplikasi.

5

Tatal ke kiri atau ke kanan untuk melihat semua aplikasi dan perkhidmatan,

kemudian tandakan kotak semak yang berkaitan untuk aplikasi yang anda ingin

jalankan.

6

Setelah anda selesai, ketik

Selesai.